shooting time~

shooting time~

Sunday, June 20, 2010

Sinematografi

Sinematografi diambil berdasarkan perkataan inggeris iaitu cinematography yang berasal dari bahasa Latin kinema yang bermaksud gambar.Sinematografi merupakan ilmu yang melibatkan teknik menangkap gambar dan menggabungkan gambar sehingga mewujudkan visual untuk menyampaikan idea.

Konsep sinematografi mempunyai persamaan dengan fotografi kerana kedua-duanya melibatkan menangkap pantulan cahaya mengenai benda. Hal ini menyebabkan kedua-dua nya memerlukan peralatan yang sama iaitu kamera,perbezaan antara sinematografi ialah rangkaian gambar daripada satu frame ke satu frame manakala fotografi hanya menggunakan gambar tunggal untuk bercerita.

Oleh itu, sinematografi adalah gabungan antara fotografi dengan teknik perangkaian gambar atau dalam sinematografi disebut montase (montage).
Sinematografi sangat dekat dengan filem dalam pengertian sebagai media penyimpan mahu pun sebagai genre seni. Filem sebagai media penyimpan adalah pias (lembaran kecil) selluloid yakni sejenis bahan plastik tipis yang dilapisi zat peka cahaya. Benda inilah yang selalu digunakan sebagai media penyimpan di awal pertumbuhan sinematografi. Filem sebagai genre seni adalah hasil daripada sinematografi.

No comments:

Post a Comment